Friday, September 4, 2009

Pengenalan Ternakan Rusa




PENGENALAN
Sejarah penternakan rusa
Menurut sumber daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Terengganu (JPVNT), perternakan rusa terawal di Malaysia dipercayai telah dimulakan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP). JPVPP telah mula memelihara hidupan ini secara terkawal pada tahun 1989 . Sebanyak 19 ekor rusa betina (jenis Cervus Timorensis) dan 3 ekor jantan umur 6 bulan telah diimpot dari Kepulauan Mauritius.
Selain itu, Unit Rusa juga telah ditubuhkan oleh Jabatan Perkhimatan Verterinar Negeri Perak (JPVNP) pada bulan September 1990 di bawah Rancangan Malaysia ke 6. Rusa jenis Cervus timorensis sebanyak 50 ekor telah dibawa dari Mauritius dan New Caledonia dan ditempatkan di kawasan seluas 30 ekar.
Walaupun penternakan rusa telah dimulakan kira-kira 20 tahun lalu, ia masih boleh dianggap sebagai perusahaan baru kerana masih ramai lagi yang belum menerokai bidang penternakan ini secara komersial. Ramai yang masih menganggap bahawa rusa adalah binatang liar dan sukar untuk dijinakkan.
Menternak rusa ialah satu pelaburan terbaru serta cepat mengembang, menguntungkan dan juga kurang menggunakan keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu. Penyelidikan di luar negara menunjukkan bahawa rusa menjadi ternakan yang paling cekap menukar rumput kepada daging jika dibandingkan dengan ternakan lain.
Misi Penternakan Rusa di Sungai Udang, Melaka
1. Mengeluarkan ternakan rusa yang dapat menyesuaikan diri kepada sebarang persekitaran dengan mudah.
2. Mewujudkan sebuah pusat yang boleh membekalkan anak rusa baka dan juga rusa-rusa matang untuk tujuan penternakan.
3. Mewujudkan pusat jualan daging rusa sebagai alternatif kepada daging komoditi yang lain (kandungan lemaknya lebih rendah berbanding daging lembu dan kambing).
4. Membantu dalam mencgah kepupusan haiwan ini.
Visi Penternakan Rusa di Sungai Udang, Melaka
1. Mewujudkan sebuah ladang-ladang rusa contoh bagi membantu aktiviti-aktiviti pelancongan di Malaysia umumnya dan di Melaka khususnya.
2. Membekalkan ternakan rusa untuk perladangan dalam negeri agar tidak bergantung kepada pengimpotan dari luar negara.
3. Mengeluarkan komoditi daging rusa dan barangan rusa seperti kulit dan tanduk untuk kegunaan setempat dan ekspot.
4. Mewujudkan sebuah pusat kajian penternakan rusa seterusnya mengkomersialkan hasil-hasil kajian.
Kelebihan Menternak Rusa
1. Kadar beranak yang tinggi 80 - 90%
2. Ternakan yang tahan hujan dan panas
3. Kadar kematian anak yang rendah 2 - 5%
4. Rusa tidak memilih rumput yang dimakan
5. Daging kurang lemak dan kolestrol serta sedap
6. Dressing percentage dalam lingkungan 60%
7. Rusa cekap menukar rumput kepada daging
8. Perusahaan ternakan yang cepat mengembang serta menggunakan kurang keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu.
Sumber : JPVNP
Penutup
Menternak rusa cara komersial adalah amat cerah pada masa hadapan jika dibandingkan dengan menternak lembu dan kambing. Daging rusa lebih sedap, kurang lemak dan rendah kalestrol. Dari segi penjagaan juga amat mudah serta tidak memerlukan pekerja yang ramai.
Semua penduduk Negara ini tidak kira bangsa dan ugama, boleh makan daging rusa. Dengan berpandukan ini tidak hairan nanti penternakan rusa akan muncul sebagai industri ternakan yang memberi keuntungan di Negara ini.

No comments:

Post a Comment